Trik Fesyen Berguna Untuk Tampak Lebih Tinggi

Semua wanita mahu tampil bergaya, tetapi tidak semua gaya sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuh wanita. Sebab itu anda harus tahu bagaimana menyesuaikan pakaian dengan bentuk fizikal supaya ianya tampak cantik disarungkan ke badan anda.

Tidak semestinya pakaian yang cantik dipakai rakan anda, sesuai untuk anda. Jelita berikan tip bagaimana untuk tampil bergaya dengan trik fesyen yng sangat berguna untuk semua jenis bentuk dan saiz juga mengikut ketinggian masing-masing.

Pilih kasut yang sesuai

Tip paling mudah untuk kelihatan tinggi adalah dengan memakai kasut tumit tinggi. Warna kasut juga memainkan peranan dimana warna neutral seperti light brown, beige dan pastel membuatkan anda tampak tinggi berbanding warna hitam.

Corak jalur

Untuk anda yang berbadan gempal dan bertubuh kecil, elakkan pakaian dengan jalur melintang kerana ianya memberikan ilusi lebih lebar dan menambah ‘volume‘ pada sesuatu objek. Tambahan pula rekaan baju berjalur melintang sedikit ketinggalan zaman, jadi ianya tidak sesuai digayakan ke majlis sosial.

Pilih seluar ikut saiz

Jika anda bertubuh rendah, jeans singkat membuatkan anda tampak lebih rendah. Jenis jenis paras pinggang (high-waist jeans) buatkan anda lebih tinggi begitu juga dengan jeans berjalur menegak. Seluar palazzo memberikan ilusi kaki yang panjang. Seluar ini sesuai untuk semua jenis tubuh. Trik mudah, jangan pakai baju yang labuh jika dipadankan dengan palazzo. Jika baju anda labuh, masukkan baju anda di dalam dan palazzo sesuai digayakan dengan pelbagai jenis kasut.

Aksesori tambahan

Choker atau rantai leher bertali pendek hanya sesuai untuk anda berleher jinjang. Jika anda mempunyai leher yang pendek, lebih baik jangan kenakan sebarang aksesori di leher. Begitu juga dengan subang dan anting-anting. Jika anda mengenakan anting-anting besar, lupakan saja sebarang aksesori di leher. Manakala beg tangan pula, wanita bertubuh kecil dan kurus disarankan memakai jenis tas tangan yang kecil dan untuk wanita bertubuh besar, anda sesuai mengenakan jenis tas tangan bersaiz sederhana.-jelita

Leave a Reply